Saturday, 22 July 2017

About Me




Assalamualaikum & salam perkenalan,


Saya Mohd Farid Bin Md Salim, No Matrik 249079 iaitu pelajar (PACE) Universiti Utara Malaysia. Saya berumur 39 tahun dan berasal daripada Beruas, Perak Darul Ridzuan. Telah berkahwin dan mempunyai tiga cahaya mata. Saya bekerja di Bank Rakyat, Susulan Berpusat Wilayah Kubang Kerian. Kepada Sahabat dan kenalan yang ingin memohon pembiayaan peribadi bank rakyat, sdr/sdr.i boleh berhubung dengan saya untuk mendapatkan keterangan lanjut dan insyaallah saya akan membantu dengan sebaik-baiknya. So apa lagi jom serbu....    



Majikan Kebanggaan & Kesayanganku


Bank Rakyat yang ditubuhkan pada 28 September 1954 di bawah Ordinan Syarikat Kerjasama 1948 yang kini merupakan bank koperasi Islam terbesar di Malaysia dengan memiliki aset berjumlah RM92.29 bilion berakhir Disember 2015.

Transformasi daripada sistem perbankan konvensional kepada sistem perbankan Syariah sejak tahun 2002 telah menjayakan Bank Rakyat untuk terus mencatatkan keuntungan yang memberangsangkan saban tahun. Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015, kami telah mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat berjumlah RM2.01 bilion.

Kami terus mengembangkan produk dan fasiliti pelanggan yang pelbagai serta inovatif. Ia meliputi perbankan konsumer, pembiayaan komersil, simpanan dan pelaburan serta produk perancangan kewangan bagi memenuhi keperluan pelbagai spektrum pelanggan masa kini.

Saluran penyampaian yang cekap turut diperluaskan serta sentiasa ditambah baik. Kami terus mengekalkan imej korporat yang mesra untuk menempatkan diri pada asas yang tepat sebagai Bank Pilihan Anda. Kami telah menerima pelbagai pengiktirafan berkaitan industri mahupun sebagai sebuah organisasi baik di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa.

Sebagai sebuah entiti di bawah kawalan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, kami komited untuk menyokong misi Kementerian untuk mengukuhkan sektor koperasi sebagai tunjang pertumbuhan ekonomi negara melalui semua usaha dan langkah yang diatur.

Sehingga kini, kami mempunyai 147 cawangan dengan lebih daripada 960 mesin juruwang automatik (ATM) dan mesin deposit tunai (CDM) serta 95 Ar-Rahnu X'Change di seluruh negara. Bank Rakyat juga mengendalikan pusat panggilan tele-Rakyat yang boleh dihubungi di talian 1-300-80-5454(Bebas Tol) dan perbankan internet i-Rakyat di www.irakyat.com.my. Kami juga boleh ditemui di Facebook, Bank Rakyat, Bank Pilihan Anda di www.facebook.com/myBANKRAKYAT dan di Twitter di twitter.com/myBANKRAKYAT dan Instagram di intagram.com/myBANKRAKAYT.

Kata-kata Hikmah Untuk Dikongsi Bersama




Akaun Simpanan Nuri Bank Rakyat



Maskot Burung Nuri

Akaun Simpanan NURI adalah salah satu produk yang ditawarkan oleh Bank Rakyat kepada  bayi yang baru dilahirkan sehingga kanak-kanak yang berusia 12 tahun. Akaun ini diperkenalkan bertujuan untuk menggalakkan mereka supaya mempunyai sikap suka menabung. Di samping itu, Bank Rakyat juga menawarkan hadiah-hadiah istimewa bagi menarik minat mereka untuk terus menabung. Maskot Burung Nuri adalah satu tarikan menarik dan paling dinantikan oleh setiap kanak-kanak apabila sesuatu aktiviti diadakan di sekolah mahupun di dalam Karnival Bank Rakyat.

Mini Karnival Pertandingan Mewarna Bank Rakyat


Bank Rakyat sentiasa menghargai pelanggannya, dan pertandingan mewarna adalah satu aktiviti yang dijalankan hampir setiap tahun. Pertandingan ini dapat mencungkil bakat-bakat muda berkaitan kemahiran melukis dan juga mewarna. Hadiah-hadiah yang ditawarkan juga tidak kurang menariknya. Aktiviti ini juga dapat memberi kebaikan kepada peserta supaya dapat mengenali antara satu sama lain di samping melakukan aktiviti yang berfaedah. Ibubapa dan juga pihak sekolah boleh mengetahui bila aktiviti ini dilakukan melalui akhbar dan juga promosi di sekolah-sekolah.

Langkah-langkah Menguruskan Kewangan Dengan Bijak dan Sistematik


"Kalau kita tidak merancang. Maka kita merancang untuk gagal"

"Kemahiran menguruskan kewangan, sama seperti kemahiran menjadi ibu bapa"


Kemahiran ini tidak diajar di sekolah-sekolah mahupun universiti. Sedangkan kita mula menguruskan wang sendiri sepenuhnya sejak memperoleh gaji atau pendapatan pertama sehinggalah kita meninggal dunia kelak. Ada orang yang bijak menjana pendapatan melalui pendapatan kerjaya profesional tetapi tidak pandai menguruskan duit gaji dan kekayaan yang diperolehi. Ini adalah satu kesilapan kerana duit tadi tidak dapat menjadi hamba kepada kita. Sepatutnya kekayaan yang diperolehi itu diuruskan dengan baik supaya setiap tahun pembayaran zakat kita bertambah, waris-waris kita tidak menjadi miskin atau kita dapat menyumbang semula kepada masyarakat dengan lebih baik. Berikut dinyatakan 5 langkah terbaik untuk menguruskan kewangan secara bijak dan sistematik.

1. Mempunyai Matlamat Kewangan : Perlu ada simpanan mencukupi di usia persaraan.

2. Mempunyai Sumber Pendapatan yang Mencukupi : Jika kita tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi maka sukar untuk mempunyai simpanan yang mencukupi kerana kos sara hidup yang semakin meningkat. Satu sumber pendapatan sahaja adalah tidak mencukupi dan paling kurang perlu ada pendapatan kedua iaitu dari sumber pelaburan.

3. Simpan Sebelum Belanja : Sekiranya kita membelanjakan semua pendapatan terlebih dahulu dan jika ada lebihan baru disimpan, maka kita akan menghadapi masalah kewangan yang kronik di masa akan datang. Bagi menghadapi masalah ini, sila gunakan formula ini, Gaji - Simpanan = Belanja. Begitu mudahkan...

4. Berbelanja dengan Bijak : Kita perlu menyusun keutamaan perbelanjaan iaitu bermula dengan keperluan asas seperti bahan makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan juga kesihatan. Seterusnya disusuli dengan kehendak dan kemudian barulah diikuti dengan kemewahan. 

5. Menguruskan Risiko Kewangan : Apa yang boleh kita lakukan adalah dengan menguruskan risiko tersebut secara efektif. Bagi kebanyakkan orang, cara paling mudah menguruskan risiko kewangan adalah dengan mengambil produk-produk takaful (insuran patuh Shariah). Untuk menjadi seorang yang berjaya dalam pengurusan kewangan, ilmu adalah sangat penting kerana produk takaful tidak mampu menguruskan semua risiko kewangan. Oleh itu, kita perlu mengetahui adakah produk takaful yang diambil dapat melindungi kita daripada inflasi, kejatuhan ekonomi ataupun kemerosotan peniagaan?

Mencari Ilham


Hobi & Aktiviti





Hobi dan aktiviti yang selalu saya lakukan pada masa lapang adalah melancong dan juga snorkeling. Antara negara yang pernah saya lawati adalah Korea, Hong Kong, Guangzhou, New Delhi dan Cambodia. Dengan melancong saya dapat mengunjungi tempat-tempat yang menarik, mengetahui budaya dan adat resam masyarakat dan juga sejarah sesuatu tempat yang dilawati. Saya juga suka melakukan aktiviti laut seperti snorkeling dan biasanya aktiviti ini dilakukan di Pulau Perhentian, Terengganu. Pemandangan di Pulau Perhentian adalah sangat indah di samping mempunyai khazanah laut yang belum terancam.

Hari Raya 2017





Beraya bersama keluarga di Kg. Dendang, Beruas, Perak

Kalendar 2017